Ticker

6/recent/ticker-posts

Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Sangat sedih dan menyayat hati apabila mendapat berita kematian ...



Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Sangat sedih dan menyayat hati apabila mendapat berita kematian seorang anak kecil yang berumur 11 tahun meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi pada hari Selasa yang lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Seawal Ramadan hingga kini memang terasa panas melampau sehingga ada kemungkinan akan mengakibatkan strok haba. Oleh itu, amatlah penting untuk kita menjaga diri dengan pelbagai ikhtiar seperti memastikan kita minum air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi dan hindari aktiviti luar yang terlalu lama pada waktu siang yang terik.

Situasi kepanasan yang melampau dan kurangnya hujan di Malaysia mengingatkan kita untuk kembali kepada sunnah Rasulullah SAW juga dengan melakukan solat Istisqa', berdoa, bertaubat, berinfaq, menolak kezaliman, saling tolong-menolong, dan memenuhi masjid-masjid untuk mendirikan solat. InsyaAllah dengan beristighfar dan bertaubat, Allah akan mengubah keadaan yang buruk menjadi lebih baik.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari sebarang bentuk musibah dan bencana yang tidak diingini di Malaysia dan khususnya di Kelantan Darul Naim. Aamiin.

[Admin]

#MerakyatMembangunBersamaIslam #SejahteraBersamaIslam #temangansejahtera #kelantancakna #strokhaba #musimpanas



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-28 00:54:21

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments