AHLI PARLIMEN KOTA BHARU SANTUNI MASYARAKAT KOTA LAMA
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyantuni masyarakat Kota Lama sempena Majlis Sambutan Hari Raya, hari ini.
Menurutnya, Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa mengutamakan semangat perpaduan antara kaum di negeri Serambi Mekah ini dengan menganjurkan pelbagai majlis dan program bagi mengukuhkan ikatan silaturahim terutama dalam kalangan masyarakat Kota Lama.
"Kerajaan Negeri tak pernah menganaktirikan kaum Cina dan India di negeri ini, malah mengalu-alukan dan turut membantu menjayakan sebarang aktiviti yang dianjurkan bersama.
"Sebagai rakyat Kelantan, kita harus bangga dengan semangat perpaduan yang kuat yang kita amalkan di sini sehingga boleh menjadi contoh kepada negeri lain," katanya di Pusat Komuniti Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Jalan Kebun Sultan.
Mengulas lanjut beliau berkata, semua pihak seharusnya memberikan kerjasama bagi memastikan keharmonian yang dicapai di negeri ini dapat dikekalkan.
Turut hadir, Ketua Pegawai Tadbir DUN Kota Lama merangkap Setiausaha DUN, Tuan Mohd Mortazi Ismail dan Timbalan Ketua Pemuda Kawasan Kota Bharu, Muhammad Saifullah Zainuddin.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita1ptg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-27 04:49:30
#semasa
#semasa
0 Comments