Ticker

6/recent/ticker-posts

KELANTANKU CAKNA: 670 ASNAF DUN DEMIT TERIMA BANTUAN



KELANTANKU CAKNA: 670 ASNAF DUN DEMIT TERIMA BANTUAN

KOTA BHARU – Seramai 670 asnaf terdiri daripada armalah, anak yatim, imam masjid, Orang Kurang Upaya (OKU), guru mengaji dan penggali kubur dari DUN Demit menerima sumbangan melalui Program KelantanKu Cakna.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Dato' Mumtaz Md Nawi berkata, sumbangan itu dapat meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya yang bakal menjelang tiba dalam beberapa hari.

Katanya, Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berusaha menjaga kebajikan rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini dengan memberikan sumbangan dalam pelbagai cara seperti bantuan kewangan, pakaian dan makanan.

"Agihan bantuan kali ini kita fokuskan kepada golongan yang sememangnya menjadi keutaamaan Kerajaan Negeri dalam aspek kebajikan, terutamanya dari DUN Demit.

"Sebenarnya program agihan bantuan dan sumbangan seperti ini kita lakukan saban tahun kepada mereka yang layak serta berdaftar," katanya selepas merasmikan Majlis Himpunan Penerima Skim Kebajikan DUN Demit di Balai Islam, Lundang, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat itu turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan dan memakai pelitup muka ketika musim perayaan yang akan tiba ekoran laporan di portal KKMNow menunjukkan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg













(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-17 05:04:23

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments