Ticker

6/recent/ticker-posts

PEMUDA PAS NEGERI KEDAH BERDIRI TEGUH BERSAMA MENTERI BESAR KEDAH 1. Pemuda PAS Negeri Kedah akan s...



PEMUDA PAS NEGERI KEDAH BERDIRI TEGUH BERSAMA MENTERI BESAR KEDAH

1. Pemuda PAS Negeri Kedah akan sentiasa berdiri teguh pertahankan Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah.

2. Ini merujuk kepada kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Menteri Besar.

3. Pemuda PAS Negeri Kedah melahirkan rasa berpuas hati atas usaha yang dicapai dan yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

4. Selanjutnya, Pemuda PAS Negeri Kedah juga ingin menegaskan bahawa Pemuda PAS Negeri Kedah akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'.

5. Pemuda PAS Negeri Kedah menyatakan bahawa gabungan YB Dato' Haji Ahmad bin Yahaya sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah adalah gabungan yang terbaik.

6. Sinergi antara mereka berdua memberi impak yang sangat hebat.

7. Pemuda PAS Negeri Kedah akan terus komited bagi memastikan Negeri Kedah terus dipimpin oleh Perikatan Nasional.

USTAZ NASRUN OTHMAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

17 April 2023 / 26 Ramadan 1444H

#PNBEST
#BersihdanStabil



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-17 07:08:20

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments