Ticker

6/recent/ticker-posts

Pihak Pemuda PAS Gua Musang akan bersedia dengan sebarang cadangan dan bantuan melibatkan keperluan ...



Pihak Pemuda PAS Gua Musang akan bersedia dengan sebarang cadangan dan bantuan melibatkan keperluan semasa pengguna jalan yang ditutup ekoran pembinaan ini.


PENUTUPAN JALAN UTAMA KL - KB DI GUA MUSANG, MOHON KERJASAMA ELAK KESESAKAN

Hari ini berkuat kuasa sepenuhnya penutupan jalan persekutuan dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar Gua Musang. Jalan alternatif juga mulai menjadi tumpuan dan kenyataan sebelum berkait pembaikian jalan alternatif adalah sekali lagi dipanjangkan sebagai langkahan alternatif sebagai jaminan keselamatan.

Bagi mengelakkan kesesakan berpanjangan dan mengelak kecelakaan termasuk tersesat jalan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Gua Musang mengusulkan cadangan tambahan atas terma pembaikian jalan alternatif sebagaimana berikut;

1. Meletakkan papan tanda penunjuk jalan yang lebih jelas dan rasmi sepanjang jalan terlibat. Hal ini dicadang bagi mengelak kenderaan tersesat memasuki kampung yang menuju jalan mati.

2. Menyediakan lampu jalan di selekoh dan gelap termasuk garis jalan yang lebih baik.

3. Menyusun polis trafik yang boleh mengawal kenderaan disimpang masuk dan keluar untuk mengelakkan kesesakan dan tersesat masuk jalan.

Cadangan tambahan ini adalah mengikut keperluan yang dilihat wajar mengikut keadaan semasa hari pertama penggunaan jalan alternatif melibatkan JKR , Polis Trafik dan pihak Majlis Daerah Gua Musang.

Pihak Pemuda PAS Gua Musang akan bersedia dengan sebarang cadangan dan bantuan melibatkan keperluan semasa pengguna jalan yang ditutup ekoran pembinaan ini.

Sekian, terima kasih.

Mohd Habidin Bin Hanipa
Ketua Pemuda PAS Kawasa Gua Musang

13 Ramadan 1444 / 4 April 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-04 04:19:00

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments