Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah
Kes Maklin Maksiau v Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Pada pagi ini, 3 hakim Mahkamah Persekutuan, Y.A.A. DATO' MOHAMAD ZABIDIN BIN MOHD DIAH, (HBM) Y.A. DATO' MARY LIM THIAM SUAN (HMP) Y.A. DATUK HARMINDAR SINGH DHALIWAL (HMP) memutuskan untuk membatalkan Notis Permohonan Perayu (Maklin) untuk mendapatkan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan atas alasan tiada affidavit yang kompeten sebagai sokongan dan permohonan tersebut adalah cacat.
Dengan itu, terbukti bahawa Tan Sri Tuan Guru tidak memfitnah komuniti kristian, malah hanya memberi pandangan berkenaan kaedah misionari kristian semata-mata.
Sebelum itu, diperingkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Mahkamah menyatakan bahawa deklarasi yang dipohon adalah semata-mata bermotifkan politik dan tidak mempunyai apa-apa asas dan sandaran dari segi fakta mahupun undang-undang.
Untuk rekod, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram adalah peguam yang berhujah bagi pihak Maklin Maksiau di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, namun beliau meninggal dunia sebelum pendengaran hari ini. Peguam R. Kengadharan berhujah mewakili Maklin Maksiau pada hari ini.
Kes ini merupakan kes yang "personal" dan "mengujakan" bagi saya kerana 1. Mewakili Ayah Chik sendiri, 2. Berhadapan dengan Legal Eagle, Mendiang DS Gopal.
Alhamdulillah, Allah jua penentu segalanya.
YUSFARIZAL BIN YUSSOFF
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-04 03:21:35
#pas
#pas
0 Comments