SAMBUTAN AIDILFITRI VERSI PMX DI ENAM BUAH NEGERI, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗢𝗦 𝗗𝗜𝗝𝗜𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡?
Soalan pertama kenapa sampai enam majlis besar dianjurkan?
Soalan kedua kenapa tiga daripada enam melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah dianjurkan oleh Putrajaya, manakala tiga yang lain PMX dijemput sebagai tetamu kehormat?
Soalan ketiga berapa kos yang dibelanjakan bagi penganjuran enam majlis besar terutama melibatkan 3 yang utama?
Soalan keempat, bagi penganjuran di Kedah, Kelantan dan Terengganu berapa kos elaun, perjalanan dan penginapan yang terpaksa ditanggung melibatkan menteri-menteri dan timbalan?
Soalan kelima, apakah jaminan PMX kos-kos bagi tujuan sambutan dikeluarkan oleh Kerajaan tidak diberikan kepada petugas-petugas parti PH dan BN?
Soalan keenam, apakah benar anggaran bagi sambutan di tiga negeri yang dianjurkan sekitar RM5.3 juta melibatkan perbelanjaan makanan, tempat dan belanja hangus petugas serta pengiring?
Soalan ketujuh, bolehkah kiranya ditunjukkan dimana justifikasi penjimatan daripada satu menjadi enam yang diecerkan oleh penganut PH-BN tentang tatakelola kerajaan hari ini dalam mengurus sambutan Aidilfitri?
Soalan kelapan, apakah boleh dikatakan PMX telah wewenang menggunakan kuasa, menghabiskan dana kerajaan untuk pulangan politik PH-BN dengan suatu penegasan penganjuran luar tabie ini adalah bersifat politik dan menyalahi tatakelola pentadbiran berintegriti?
Dan soalan kesembilan, apakah sudah hilang kewarasan, serta dibuai hanyut kuasa sehingga sanggup kerajaan gabungan PH-BN menggunakan sejumlah besar duit rakyat bagi sambutan yang kurang lebih empat jam sebagai pancing undi orang Melayu melibatkan tumpuan negeri PN menang besar?
Saya tinggalkan 9 soalan ini untuk suatu jawapan tuntas, jika tidak dijawab PMX atau kabinet menteri, atau penganut PH-BN, saya percaya anak-anak muda negara boleh menemukan kebenaran jawapannya.
Benarlah kata nabi SAW, apabila hilang malu, lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu dan anak muda Melayu, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan termakan umpan seumpama ini.
Salam hormat.
Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
6 Syawal 1444 / 27 April 2023
https://www.facebook.com/100075915548470/posts/250748660798984/?mibextid=Nif5oz

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-27 04:09:06
#pas
#pas
0 Comments