SINGAPURA-KELANTAN ERATKAN KERJASAMA DEMI PEMBANGUNAN
KOTA BHARU – Kelantan dan Singapura mengeratkan jalinan kerjasama dan mengekalkan hubungan baik yang berterusan demi memastikan kemajuan dan keharmonian dapat dicapai khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial.
Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, banyak perkara dibincangkan dan dikongsikan termasuklah pembangunan keluarga dan kemajuan wanita.
"Semoga hubungan erat antara Malaysia dan Singapura khususnya Kelantan dapat diperkukuhkan lagi untuk kebaikan bersama," katanya selepas pertemuannya dengan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura Dr Mohamad Maliki Osman di Hotel Perdana, semalam.
Sementara itu, Dr Mohamad yang juga Menteri Kedua Kementerian Pendidikan Singapura melakukan lawatan kerja dua hari ke Kelantan bermula semalam turut mengadakan pertemuan dengan Exco Kerajaan Negeri Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Dato' Hanifa Ahmad di lokasi yang sama pada sebelah petang.
Beliau berharap kunjungan tersebut membuka peluang untuk pihaknya mengenal pasti ruang pelaburan yang boleh diterokai Singapura di Kelantan.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Makro), Unit Perancang Ekonomi Negeri Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Engku Rajhan Engku Ismail.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-18 01:47:10
#semasa
#semasa
0 Comments