6 FAKTA TENTANG RUMAH TERBUKA
1. Rumah terbuka adalah amalan nenek moyang yang dibuat pada setiap kali perayaan negara kita termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan juga Hari Natal.
2. Rumah terbuka bukanlah satu syariat yang diwajibkan oleh Islam, namun jika dilakukan menurut syarak, maka insya-Allah ia boleh menjadi ibadah buat tuan rumah serta tetamu.
3. Dalam rumah terbuka Aidilfitri adanya tuntutan Islam iaitu untuk merapatkan silaturahim, menjalin hubungan baik dengan jiran dan taulan serta memberi makan kepada orang ramai.
4. Bagi yang menganjurkan rumah terbuka, perlulah memastikan:
i. Tiada unsur maksiat dan mungkar.
ii. Makanan yang halal lagi baik.
5. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan enam perayaan kaum serta agama yang dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan di peringkat kebangsaan.
6. Rumah terbuka adalah platform buat pemimpin mendekati rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Ia strategi berkesan bagi mengumpul pelbagai lapisan masyarakat di bawah satu bumbung.
Konklusinya, amalan rumah terbuka wajar diteruskan oleh semua pihak yang mampu tanpa mengira latar belakang dan perbezaan. Semoga perpaduan antara kita terus erat melalui budaya ini.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-06 01:55:58
#pas
#pas
0 Comments