OPR TERNYATA NAIK, PAKAR TIDAK FITNAH
Bank Negara telah mengumukan OPR dinaikkan 25 mata asas kepada 3.00% setelah dikekalkan pada kadar 2.75% pada Januari dan Mac tahun ini. Walaupun jangkaan ini pernah dibuat namun ia dituduh sebagai fitnah oleh seorang menteri, ternyata tuduhan itu meleset sama sekali.
Terima kasih kami ucapkan kepada pakar-pakar dan para penganalisis kerana telah memberikan amaran awal agar rakyat dapat bersedia dengan lebih awal. Sekurang-kurangnya rakyat dan para peniaga dapat membuat persiapan jika komitmen hutang menaik. Hakikatnya kewangan perlu diurus lebih baik. Supaya hutang tetap dapat dibayar, belanja juga masih ada.
Berita kenaikan OPR ini menjadi berita baik bagi mereka yang banyak menyimpan dan melabur dan mungkin sedikit kurang baik bagi yang bayaran balik pinjaman atau pembiayaannya dinaikkan selaras kenaikan OPR ini.
Untuk memastikan inflasi teras tidak berterusan tinggi, dasar monetari yang dibuat Bank Negara ini sentiasa diharapkan rakyat akan menyelamatkan ekonomi negara. Semoga inflasi akan terus menstabil dengan mengawal jumlah bekalan duit dalam negara.
Namun, dasar monetari ini tetap perlu diseimbangkan dengan dasar fiskal negara yang menjadi tanggungjawab kerajaan. Jika tidak, ekonomi negara tidak akan mampu memulih dengan baik dan keadaan akan menjadi lebih teruk untuk negara.
Misi, visi dan objektif bagi Dasar Kementerian Kewangan adalah yang paling berperanan mengurus dasar fiskal negara. Tertulis visi Kementerian Kewangan; Perbendaharaan sebagai Peneraju Dasar dan Pengurusan Fiskal serta Kewangan Awam.
https://www.mof.gov.my/portal/ms/profil/dasar
Semoga berita ni disambut tenang oleh semua rakyat dengan harapan Kerajaan Madani tidak akan pernah meninggalkan dan mengabaikan nasib rakyat.
Sekian.
KAMI ARIF BIN BAIHAGI
Pengerusi Kelab Mahasiswa Penyokong PAS
6 Mei 2023
#BersihdanStabil
#PNBEST
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-06 07:00:04
#pas
#pas
0 Comments