EMPAT USAHAWANITA TERIMA SUMBANGAN MESIN JAHIT
KOTA BHARU - Seramai empat orang pengusaha kedai jahit menerima sumbangan mesin jahit yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok, YB Sr. Azami Mohd Nor di Pusat Khidmat DUN (PKD) Kadok, semalam.
Mereka adalah Roziah Shaari, 53, dari Kampung Kerak Hilir (Mukim Paya Lada), Masnira Mamat, 45, dari Kampung Kadok (Mukim Jakang), Asnira Muhammad, 44, dari Kampung Padang Simah (Mukim Patek) dan Rosliha P.Remeli, 48, dari Kampung Talang (Mukim Padang Lepai).
"Sumbangan ini adalah inisiatif program Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan dan diharap dengan sumbangan ini akan memajukan lagi perniagaan mereka dalam bidang jahitan," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-14 07:38:35
#semasa
#semasa
0 Comments