KELANTAN SUMBANG PALING BANYAK PERUNTUKAN KE ARAH PENDIDIKAN
KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan adalah antara kerajaan negeri yang paling banyak memperuntukkan bantuan ke arah pendidikan pada setiap tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, YB Dato' Dr Mohamad Fadzli Dato' Hassan berkata, Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa memerhatikan kekurangan dan menambah kecekapan pendidikan terhadap sekolah di Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Katanya, negeri yang digelar 'Serambi Mekah' ini mempunyai banyak sekolah yang ditadbir dan dibiayai terus oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) dijayakan sepenuhnya.
"Alhamdulillah, berkat budaya rakyat di Kelantan ini yang saling membantu dengan berbagai cara dalam memastikan pendidikan di negeri ini berkembang pesat sedikit sebanyak membantu kerajaan negeri.
"Kita juga seharusnya memberikan penghargaan kepada pihak PIBG kerana sentiasa membangunkan pendidikan negeri ini selaras dengan dasar yang dibawa Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bersama Islam (MBI)," katanya pada Kongres PIBG Kelantan, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, semalam.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan, DPRK telah banyak melahirkan graduan yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang agama, bahkan mampu melibatkan diri dalam pelbagai sektor yang ada di negara ini.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-14 03:59:07
#semasa
#semasa
0 Comments