IBU BAPA BERPERANAN PENTING BENTUK SAHSIAH PELAJAR
KOTA BHARU - Dalam menghadapi cabaran masalah sosial yang semakin berleluasa pada masa kini, ibu bapa memainkan peranan penting bersama guru dalam mendidik generasi muda yang berilmu dan bertanggungjawab.
Demikian kenyataan Timbalan Dekan (Siswazah) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Dr Rozmi Ismail yang menegaskan, keutamaan 'Peranan Ibu Bapa' merupakan antara sebahagian Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) yang telah dilancarkan Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2018 sebagai langkah menambah baik pendidikan di Kelantan.
Katanya, peranan PIBG Kelantan mampu menyedarkan sebahagian besar ibu bapa dalam memberikan perhatian yang lebih kepada proses pendidikan anak-anak.
"Kegilaan bekerja bagi sesetengah ibu bapa kerana mengejar kerjaya sebenarnya meninggalkan kesan sentuhan jiwa anak-anak khususnya mereka yang tinggal bersama di rumah.
"Kita (ibu bapa) perlu faham penilaian di sekolah adalah bersifat akademik semata-mata yang membataskan unsur-unsur pembentukah sahsiah dan peribadi pelajar yang perlu dibentuk oleh kita sendiri," katanya pada sesi pembentangan majlis Kongres PIBG Kelantan, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, semalam.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-14 01:34:38
#semasa
#semasa
0 Comments