EXCO TANI LAWAT TAPAK SAWAH TERKESAN KEMARAU
BACHOK - Cuaca panas melampau menyebabkan bekalan air ke sawah amat terhad dan pengeluaran padi berkurang.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, aktiviti turun padang ke lawatan tapak yang terjejas untuk memastikan kawasan yang berisiko terputus bekalan air dapat diatasi segera.
"Perjumpaan dengan para pesawah juga turut diadakan bagi mendengar pandangan para petani serta keperluan tambahan untuk meningkatkan pengeluaran padi pada musim akan datang," katanya selepas melawat tapak projek terkesan kemarau merangkumi Blok A seluas 268 hektar dan Blok B seluas 363 hektar di Bachok, semalam.
Tegasnya, Kerajaan Negeri Kelantan bersama agensi-agensi terlibat amat komited dalam memastikan kesejahteraan para petani dan keterjaminan makanan di negeri ini.
Turut hadir ialah timbalannya, YB Abdul Aziz Kadir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-10 08:12:16
#semasa
#semasa
0 Comments