Ticker

6/recent/ticker-posts

SOLAT TERAPI JIWA -MB



SOLAT TERAPI JIWA -MB

KOTA DARULNAIM - Solat adalah satu teknik terapi kecelaruan dan kegelisahan jiwa seseorang.

Dalam ibadat solat merangkumi pelbagai aspek zikrullah seperti doa, tasbih, takbir dan tahmid yang dapat mendidik jiwa manusia ke arah kebaikan serta menjauhkan jiwa daripada kejahatan selaras dengan kehendak Islam.

Demikian menurut Menteri Besar, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob ketika berucap merasmikan Konvensyen Psikologi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 bertemakan "Kesejahteraan Psikologi Memacu Kecemerlangan Perkhidmatan Awam" di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Katanya, kita perlu mendapatkan bantuan dan ilmu berkenaan penjagaan dan kesihatan mental, agar kita dapat memelihara kesihatan akal melalui cara yang betul.

"Kerajaan negeri yakin melalui pelaksanaan konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan mempunyai ramuan yang lengkap ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti.

Kerajaan negeri menyokong penuh segala usaha untuk membangunkan dasar dan kegiatan yang menjurus kepada kesihatan mental yang boleh membantu dalam kesejahteraan modal insan melalui pengalaman nilai-nilai murni sekaligus mencetuskan kepada pelaksanaan budaya kecemerlangan insan," katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri yakin persidangan ini akan memainkan peranan dalam mewujudkan kerjasama, hubungan strategik dan jaringan kerjasama profesional di antara peserta dan pengurus sumber manusia yang berkhidmat di sektor awam, agar pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan idea positif dapat disebarluaskan serta dimanfaatkan.

Program selama dua hari itu dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Persatuan Kaunseling Antarabangsa (PERKAMA) dengan pelbagai pengisian program yang memberi manfaat kepada penjawat awam negeri Kelantan.

Objektifnya ialah meningkatkan kesejahteraan psikologi penjawat awam negeri Kelantan dan mengukuhkan penerapan nilai dan pembudayaan organisasi yang cemerlang.

Selain membentuk jalinan kerjasama agensi awam, swasta dan NGO dalam usaha memperkasakan lagi perkongsian sumber dan kepakaran dapat dieratkan bagi meningkatkan kesejahteraan dan manfaat bersama.

Dato' Ahmad turut menyampaikan Sijil Program Pementoran Kepimpinan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Anugerah Mentor dan Menti Terbaik, Sijil Pentauliahan Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), hadiah pemenang pertandingan sajak dan poster digital psikologi dan pelancaran buku Garis Panduan Pelaksanaan Intervensi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Norazman Abd Ghani dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-10 05:28:39

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments