Ticker

6/recent/ticker-posts

LEBIH 123KM PAIP DITUKAR, BEKAL AIR TERAWAT KEPADA RAKYAT



LEBIH 123KM PAIP DITUKAR, BEKAL AIR TERAWAT KEPADA RAKYAT

KOTA BHARU - Kontraktor ADASFA Sdn Bhd giat melaksanakan kerja-kerja penukaran paip lama jenis Asbestos Cement (AC) kepada paip baharu jenis High-Density Polythene (HDPE) di Taman Uda Murni, Tanjong Mas, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan, YB Dato' Sr Haji Azami Mohd Nor berkata panjang paip lama keseluruhan taman itu melebihi 10km yang akan ditukar dan dijangkakan selesai pada April 2024.

Katanya, projek tersebut merangkumi pakej kedua melibatkan kawasan Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Selatan.

"Panjang keseluruhan paip lama yang ditukar bagi pakej tersebut melebihi 123km," jelasnya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim

#ViraliyatBerita4ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-14 08:37:24

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments