PEKA KESULITAN RAKYAT, KELANTAN BINA TELAGA TIUB
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa peka terhadap kesulitan rakyat dengan memantau bekalan air bagi memastikan kemarau yang melanda tidak menjejaskan kesejahteraan hidup penduduk negeri.
Menteri Besar YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob memaklumkan kerajaan negeri mengambil inisiatif membina telaga tiub bagi mengatasi kesulitan tersebut.
Menurutnya, perbincangan bakal diadakan dengan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan exco terbabit untuk menyediakan sistem telaga tiub bagi menyalurkan bekalan air kepada penduduk yang terlibat.
"Kemarau kali ini luar biasa, kita akan cari pihak NGO seperti Muslim Care Malaysia (Muslim Care) yang banyak membantu (membina telaga tiub) seperti di Sudan, Afghanistan dan sebagainya.
Kita akan bincang bagaimana untuk membantu membina telaga tiub seperti di tempat yang kritikal akibat musim kemarau ini," jelasnya selepas merasmikan Majlis Karnival Bio Kelantan 2023 di Kompleks Islam Darulnaim di Lundang, hari ini.
Turut mengiringi, Speaker DUN Kelantan YB Dato' Abdullah Yacob dan Exco Bioteknologi YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-11 14:44:50
#semasa
#semasa
0 Comments