KERAJAAN KELANTAN HARGAI WARGA EMAS
KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato' Mumtaz Md Nawi memaklumkan Sambutan Hari Warga Emas dirai sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri kerana mereka adalah agen penghubung silaturahim antara generasi dalam masyarakat.
"Sambutan Hari Warga Emas ini dirai sebagai kecaknaan masyarakat terhadap fitrah penuaan dan mendayaupayakan mereka bagi menghadapi hari-hari tua untuk sentiasa dibangun dan ditingkatkan.
Mereka merupakan golongan yang berpengalaman dan berkemahiran serta banyak menyumbang kepada institusi keluarga, masyarakat dan juga negara," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Kelantan di Hotel H Elite, Tunjong hari ini.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Purnama Negeri Tuan Sabariah Tuan Ishak, dan Pengarah U-KeKwa Ilvira Mohd Dusuki.
Tambahnya lagi, kejayaan anak-anak pada hari ini adalah hasil keringat mereka yang bukan sahaja bertindak sebagai pakar rujuk dalam keluarga malah sebagai teladan kepada generasi muda dalam pelbagai hal.
"Mereka ini merupakan penggerak usaha dan pencetus kejayaan bagi pembangunan negara yang dikecapi oleh generasi muda pada hari ini," katanya.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-11 07:57:36
#semasa
#semasa
0 Comments