NAMPAKNYA kehadiran bekas profesor bagi membantu Kerajaan Malaysia Madani tidak ke mana-mana. Kata orang kampung masih ke laut.
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang diwujud bagi membantu membina naratif positif kerajaan campuran PH-Umno belum kelihatan. Sebaliknya banyak tindak tanduknya mencederakan Kerajaan Madani.
Tindakan ‘berani mati’ Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengviralkan poster perbandingan harga barang di zaman PN dan PH-BN menjadi sasaran netizen.
Hari ini muncul trending slogan baharu ‘MAHAL DAH NI’. Ia dianggap sebagai signal kepada Kerajaan Madani, conggakan J-KOM tidak menjadi. Ia berbeza dengan apa yang berlaku di bawah. Sila tanya Makcik Kiah atau Ah Moi yang setiap hari ke pasar.
Harga barang tetap naik, tidak turun-turun. Pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini ahli Parlimen Hulu Terengganu Dato’ Rosol Wahid menempelak menteri tidak turun padang mendengar keluhan rakyat.
Sebelum itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dato Seri Salahuddin Ayub mempertikaikan dakwaan harga barangan keperluan mahal.
Terima kasih Prof Agus kerana berjaya membangkit kemarahan rakyat.
Sebaliknya J-KOM menjadikan bahan ‘troll’. Rakyat mengajak Pengarah J-KOM turun ke pasar atau kedai runcit melihat sendiri harga barangan keperluan sekarang.
Apa yang jelas rakyat menyifatkan Kerajaan Madani gagal mengawal kenaikan harga barang. Ia bukan lagi sekadar omongan.
Mungkinkah tiada Menteri Kewangan sepenuh masa menyebabkan negara tiada hala tuju jelas. Malangnya bagi rakyat Malaysia, pemimpin negara lebih gemar menyalah dan membongkarkan kisah-kisah lama.
Kata Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman, antara faktor menyebabkan harga barang naik di zaman PN ialah gangguan rantaian bekalan di peringkat global dan tempatan kerana Covid-19.
Ketika itu, katanya dunia sedang diancam wabak yang memaksa negara di seluruh dunia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Begitu juga peperangan antara Rusia dan Ukraine, kesannya tidak sedikit.
0 Comments