PASIR PUTEH: Seramai 70 muslimat menyertai Kembara Armalah DUN Gaal ke destinasi pelancongan terkenal di Pulau Sri Tanjung Tumpat.
Mereka berkumpul di perkarangan Dewan Kompleks Sri Gaal sebelum ini bertolak dengan sebuah bas dan tujuh kereta ke Tumpat.
Sepanjang perjalanan ke Tumpat mereka mengikuti celoteh ilmiah dan perkongsian informasi disampaikan influancer TikTokers Kelantan Muhammad Aiman Saipullah.
Hadir sama isteri ADUN Gaal Yusmawati Yusoff. Antara destinasi menarik yang dikunjungi Pulau Sri Tanjung dan Laman Warisan Seni Kampung Laut.
Yusmawati berkata, program itu dianjurkan sebagai rehlah santai bagi meraikan golongan armalah.
“Suasana meriah dengan cuaca yang indah melicinkan pergerakan aktiviti sepanjang program,” katanya pada program tersebut baru-baru ini.
Pasar terapung Pulau Sri Tanjung terdapat gerai jualan di darat dan atas bot menjadi tumpuan pengunjung membeli pelbagai juadah makanan.
Antara aktiviti yang disediakan di pusat pelancongan tersebut termasuk sukan memanah, kayak dan permainan sukaneka kanak-kanak.
0 Comments