Ticker

6/recent/ticker-posts

Halang promosi jenama arak di sekolah

KOTA BHARU: Baru-baru ini tular di media sosial seorang ahli politik Melayu menghadiri program mempromosi iklan minuman keras di sebuah sekolah rendah vernakular jenis kebangsaan Cina di Sepang.

Sedangkan Kementerian Pendidikan Malaysia melarang sebarang penajaan dari syarikat yang terlibat dalam aktiviti arak dalam pekeliling pada tahun 2018.

Pensyarah Psikososio Dr Zulkeflee Yaacob berkata, kehadiran seorang pemimpin Melayu dari Pakatan Harapan (PH) pada ‘Konsert Amal Pendidikan’ dengan mengumpul dana melibatkan syarikat arak tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana katanya golongan remaja mudah terdedah dengan iklan alkohol seperti dipromosi Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Bhd (GAB). 

Kata beliau pada laman sesawang Carlsberg Malaysia terpampang wajah kanak-kanak riang memegang beg hijau Carlsberg ketika kegiatan di luar kelas Disember lalu. 

“Sebuah syarikat arak pernah mengadakan kerjasama dengan media tertentu dengan menaja akhbar di 40 sekolah rendah Tamil. 

“syarikat itu menawarkan kelas pemulihan bahasa Inggeris secara percuma dan mewujudkan sudut membaca di sekolah Tamil. 

“Mereka mempromosi jenama termasuk termasuk kepada pelajar di bawah umur. Dakwaan untuk meningkatkan mutu kehidupan masyarakat India hanya omong kosong,” katanya di sini. 

Dr Zulkeflee juga berkata, kajian di lapangan mendapati sistem peraturan gagal melindungi golongan muda daripada terdedah kepada iklan tersebut. 

Katanya, langkah pencegahan yang lebih ketat perlu dilaksana bagi menghadkan iklan alkohol di kawasan yang sering dikunjungi remaja termasuk sekolah, pusat beli-belah dan kompleks sukan.

Post a Comment

0 Comments