Oleh: Maziah Mat
KOTA BHARU, 30 Julai – Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PLRNK) berperanan penting dalam membantu rakyat mengurangkan kadar kemiskinan melalui sektor perladangan.
“Dengan visi dan misi yang jelas, Kerajaan Negeri tekad untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperkukuh ekonomi negeri melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan.
“Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan kejayaan demi masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya di Majlis Solat Hajat Dan Penyerahan Kunci Bangunan Baharu Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) yang berlangsung di Wisma Ladang Rakyat, Bandar Baru Tunjong pada Isnin.
Terdahulu, seramai 4,826 peserta Ladang Rakyat telah menerima manfaat dividen pada peringkat pertama sehingga ke-64 melalui pulangan hasil perladangan yang membabitkan jumlah dividen keseluruhan sebanyak RM184,401,150 sejak ia dilancarkan pada 26 Januari 2006.
Sementara itu, PLRNK yang dibangunkan di tanah-tanah kerajaan ini membabitkan beberapa jajahan seperti Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan jajahan kecil Lojing merangkumi keluasan sebanyak 78,730.713 ekar bagi jenis penanaman seperti kelapa sawit, getah dan sayur-sayuran.
Gambar Kredit: PLRNK
0 Comments