KOTA BHARU: Tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menggantungkan ahli parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan mendapat kecaman pelbagai pihak.
Peguam Jalil Backer menganggap pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengulangi mantera mengugut rakyat dengan isu 3R dan undang-undang berkaitan media sosial.
Katanya, ketika berada di saf pembangkang pemimpin PH menjanjikan demokrasi lebih terbuka dan telus, namun selepas memiliki kuasa politik lain pula jadinya.
“Setelah hampir dua tahun menjadi kerajaan mereka mengulangi apa yang mereka benci sebelum ini,” katanya pada kolum Langit Terbuka di sebuah akhbar hari ini.
Sementara itu pakar psikososio Dr Zulkeflee Yaacob memberitahu apa yang berlaku sekarang amat malang memperlihatkan penguasaan parlimen secara ‘kuku besi’ oleh pemimpin PH.
Katanya, keputusan dibuat dianggap sebagai tindakan luar stability.
“Ahli parlimen Machang lantang mengkritik penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat berkaitan Blackrock digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang parlimen.
“Rakyat melihat tindakan zalim kerana kes surat layang sehingga mahu menutup mulut wakil rakyat yang berjuang untuk masa depan rakyat di negara ini,” katanya di sini.
Pada Khamis lepas Johari Abdul menggantung Wan Ahmad Fayhsal menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan berkaitan surat layang maklumat dakwaan wujud dalang di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Usul berhubung penggantungan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
0 Comments