GUA MUSANG: Sehingga sekarang jentera pilihan raya PH-Umno belum lagi kelihatan di DUN Nenggiri bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini.
ADUN Limbongan, Nor Asilah Mohamed Zin berkata, situasi berbeza dengan jentera kempen PAS dan Perikatan Nasional (PN) yang sudah lama berkampung di Nenggiri.
Katanya, situasi itu berlaku kemungkinan strategi mereka tidak keluar masuk kampung lagi sehingga sekarang.
“Ketika petugas dari DUN Limbongan meninjau kebeberapa beberapa kampung di Nenggiri kami tidak bertemu dengan jentera pihak lawan.
"Belum lagi kelihatan petugas Umno datang mungkin mereka ada strategi lain seperti pasang kaki untuk ziarah penyokongnya.
"Namun kita perlu berhati-hati kemungkinan mereka telah atur strategi sejak awal lagi atau merancang strategi baru," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri berkata, program ziarah dan aktiviti bersama masyarakat diadakan di Nenggiri.
Oleh itu beliau berharap petugas pilihan raya PN lebih berhati-hati kemungkinan Umno menjalankan kempen secara senyap sehingga belum kelihatan di kampung-kampung.
0 Comments