Ticker

6/recent/ticker-posts

TUAN GURU PONDOK BERKONVOI MOTOSIKAL KE DABONG

Oleh: Norzana Razaly

PASIR PUTEH, 31 Julai – Lebih 100 peserta menyertai Program Tuan Guru Pondok Ride to Dabong anjuran Pusat Khidmat DUN Gaal dan Persatuan Guru-guru Pondok Kelantan pada 26 dan 27 Julai lalu.

Program yang diketuai  Ahli Dewan Negeri (ADN) Gaal YB Mohd Rodzi Jaafar itu disertai tuan guru pondok bersama anak muda di sekitar Pasir Puteh.

YB Mohd Rodzi menunggang motosikal Honda ADV 160cc bertolak dari perkarangan Pusat Khidmat DUN Gaal pada pukul 9.00 pagi sejauh 69 kilometer menuju Masjid Mukim Sungai Pas, Mengkebang Kuala Krai pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi Persatuan Pondok Kelantan Tuan Guru Baba Wan Rosli dan semua tuan guru pondok di jajahan Pasir Putih khasnya yang menyahut cadangan menganjurkan bersama program itu.

“Program hujung minggu selama dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu lepas, kita buat sebagai perintis program santai golongan ulama bermesra dengan anak muda. 

“Jelajah dakwah ini berjaya mengharungi lebih 200 kilometer dengan destinasi terakhir konvoi ialah di Madrasah Tarbiah Al-Aulad Kenerong. Jadi, sambil berkonvoi kita laksanakan dakwah bil hal sebagai pengisian ilmiah untuk anak muda dan latihan kecergasan fizikal untuk golongan ulama. 

"Memandangkan sambutan yang yang diterima amat menggalakkan, insya Allah program ini akan dilaksanakan secara berkala dan lebih kerap lagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau juga berterima kasih buat semua penyumbang dana program termasuk  Pengarah Urusan MM Mega Maju Global Sdn Bhd Dato’ Mazlan Muhammad.

Pihaknya juga terharu dengan sambutan mesra para peserta konvoi di Gua Ikan ADN Dabong YB Ku Mohd Zaki Ku Hussin.




Post a Comment

0 Comments