Ticker

6/recent/ticker-posts

PUPUK KASIH SAYANG, ISTIQAMAH LAKSANAKAN RANGKA KERJA KEMPEN – YB DATO’ AHMAD

Oleh: Norzana Razaly

GUA MUSANG, 31 Julai - Mantan Menteri Besar YB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menyeru semua pihak yang terlibat secara langsung dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri  memupuk sayang dan istiqamah melaksanakan gerak kerja bagi memberi kekuatan kepada calon sepanjang kempen berlangsung.

Beliau menyifatkan maksud surah Ali Imran ayat 159 iaitu “Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada- Nya” sebagai tepat pada masanya.

Katanya, keberkatan ayat ini (Surah Ali Imran:159) dapat dirasai sekarang setelah kita semua (pucuk pimpinan sama ada daripada PAS atau pun BERSATU) telah mengambil masa dengan penuh rasa sayang dan menghormati di antara satu sama lain mencari satu titik yang hebat untuk kita persembahkan kepada rakyat Nenggiri pada kali ini, insya Allah.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata demikian pada Majlis Pengumuman Calon Pilihan Raya Kecil N43 Nenggiri mewakili Perikatan Nasional (PN) di Masjid Hijau Renok pada Isnin.

“Beristiqamah untuk melaksanakan segala rangka kerja yang telah pun dipersetujui sebelum ini. Segala persiapan telah pun ada. Insya Allah detik ini ditunggu-tunggu untuk terus bergerak, bangkit dengan penuh semangat bagi memberi kemenangan kepada calon daripada parti kita,” serunya.

Dalam majlis tersebut, PN meletakkan calon anak muda pemastautin Kampung Bertam Lama, Mohd Izwadi Ismail yang merupakan pesara Laskar Kanan Tentera Laut dan mantan Pengelola Dakwah Halaqat Gua Musang sebagai wakil PN bagi mempertahanan kerusi DUN Nenggiri.

Post a Comment

0 Comments