Ticker

6/recent/ticker-posts

Ustaz Rizwadi dikenali masyarakat di Nenggiri


TUMPAT: Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri dianggap rugi sekiranya tidak mempertahankan kemenangan Perikatan Nasional (PN) dengan memberi undi kepada Ustaz Mohd Rizwadi Ismail.

Katanya kehadiran Rizwadi seumpama tuah yang bakal memberi sinar kepada masyarakat di DUN Nenggiri.

ADUN Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah berkata, ramai menganggap pemilihan Rizwadi sebagai calon PN  terbaik kerana beliau merupakan pemimpin masyarakat yang dikenali ramai.

"Kita melihat calon yang dipilih oleh pimpinan adalah yang terbaik dari kalangan yang baik dan beliau diterima masyarakat pelbagai peringkat usia terutamanya anak-anak muda.

"Rizwadi juga merupakan agamawan, sering turun padang menyampaikan kuliah agama, bukan hanya untuk menghadapi pilihan raya semata-mata," katanya. 

Sebelum itu beliau melancarkan Liga Elit DUN Wakaf Bharu 2024, di sini malam tadi.

Muhd Rusli juga berkata, Ustaz Rizwadi pernah terbabit dengan Jabatan Amal bagi membantu masyarakat ketika berdepan dengan sesuatu musibah. 

"Saya yakin kita bukan hanya dapat kekalkan kemenangan, sebaliknya memperolehi majoriti yang bertambah berbanding pilihan raya lepas," katanya.

Post a Comment

0 Comments