Ticker

6/recent/ticker-posts

1 LAWAN 1 DI NENGGIRI

Oleh: Norzana Razaly 

GUA MUSANG, 3 Ogos - Pilihanraya Kecil Dewan Negeri N43 Nenggiri pada 17 Ogos nanti bakal memperlihatkan pertembungan satu lawan satu di antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Barisan Nasional (BN). 

Kenyataan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Nik Raisnan Daud selepas menerima borang pencalonan daripada kedua-dua calon di Dewan Perdana Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang, hari ini.

Calon PAS daripada parti komponen PN diwakili Mohd Rizwadi Ismail tiba di lokasi pada pukul 9.02 minit pagi. 

Disusuli pencabarnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili calon Barisan Nasional (BN) daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.07 minit pagi.

Mohd Rizwadi yang juga calon nombor 1 pada giliran kertas undi berlogo bulan purnama itu optimis dapat mempertahankan kerusi Nenggiri pada PRK nanti. 

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pemimpin, kedua ibu bapa, adik beradik dan ribuan penyokong yang hadir pada hari ini.

"Saya mewakili Perikatan Nasional mengharapkan bulan purnama kekal di Nenggiri," katanya. 

Sebelum itu, beliau bersama para pemimpin dan penyokong bersolat hajat seawal pukul 8.00 pagi di Surau Kuning Taman Mesra dekat sini.

Ribuan jemaah itu diimamkan oleh Ahli Parlimen Kubang YB Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden PAS.

Post a Comment

0 Comments