Ticker

6/recent/ticker-posts

10,364 RAKYAT GUA MUSANG TERIMA 72,756 HEKTAR TANAH SEJAK TAHUN 1990


Oleh: Norzana Razaly

GUA MUSANG, 11 Ogos – Kecaknaan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya ketara melalui pemberian tanah yang dilakukan sejak tahun 1990 hingga kini.

Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan memaklumkan, lebih 211,000 hektar tanah membabitkan 85,000 permohonan sudah diberikan kepada penduduk di Kelantan sejak tahun 1990 hingga sekarang.

“Daripada jumlah itu, data pemberian hakmilik tanah negeri Kelantan dari tahun 1990 hingga 2023 di jajahan Gua Musang ialah sebanyak 10,364 hak milik yang melibatkan 72,756 hektar bersamaan 179,783 ekar tanah,” katanya melalui program Soal Jawab Set Kito Pertahan Nenggiri pada Jumaat.

 Beliau turut memperbetulkan silap faham berkaitan pemberian tanah kepada sesebuah syarikat, walhal ia pajakan untuk tempoh tertentu sahaja.

“Terdapat dakwaan menyatakan kerajaan negeri tidak cakna kepada rakyat dan mengutamakan syarikat dalam soal pemberian tanah, perkara itu adalah tidak benar.

"Apabila kita (kerajaan negeri) beri (tanah) kepada syarikat, kena faham ia bukan beri sebagaimana kita beri kepada penduduk. Sebaliknya, kita pajak saja. Selepas tempoh tertentu, tanah berkenaan kembali kepada kita,” jelasnya.

Post a Comment

0 Comments