Ticker

6/recent/ticker-posts

Agensi Pusat guna isu tanah tekan penduduk


GUA MUSANG: Isu pemilikan tanah rakyat diberi keutamaan kerajaan negeri sejak era pentadbiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membolehkan rakyat memilik tanah sendiri.

Adun Bunut Payong Shaari Mat Yaman bagaimana berkata, disebabkan banyak karenah agensi pembangunan di bawah kerajaan Pusat menyebabkan pemilikan tanah rakyat masih lambat diselesaikan.

Sebaliknya kata beliau agensi kerajaan Pusat termasuk Kesedar menggunakan isu tanah untuk menekan penduduk dan peneroka.

“Perkara itu turut didedah Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud ketika menziarahi mangsa kebakaran di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Jeram Tekoh semalam,” katanya di sini.

Pada lawatan itu Menteri Besar menziarahi mangsa kebakaran di mana rumahnya ranap dijilat api Khamis lepas. 


Hadir sama pada lawatan itu anggota Exco Kerajaan Negeri Rohani Ibrahim, Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang Fazli Zin dan pemimpin tempatan. 

Mangsa kebakaran terbabit sekarang menumpang sementara di rumah keluarga. Menteri Besar turut menyampaikan kepada mangsa kebakaran berkenaan.

Sementara itu Mohd Nassuruddin berkata, ketika menemui mangsa kebakaran tersebut beliau begitu terharu apabila diberitahu tiada lagi apa yang tinggal memandangkan semua habis terbakar. 


Kata beliau menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua kerjaaan bagi menyelami masalah dihadapi rakyat.

“Saya menghubungi Pejabat Pembangunan Negeri berkaitan dengan kejadian rumah terbakar di Jeram Tekoh. Kita jaga kebajikan rakyat bukan hanya musim pilihan raya sahaja. 

“Saya menasihatkan mangsa agar bersabar dengan ujian tersebut. Insya-Allah kerajaan akan cuba bantu meringankan beban mangsa.

Mangsa kebakaran terbabit turut diziarahi calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail sejurus kejadian pada Khamis lepas. 

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 9 pagi di mana ketika kejadian tiada penghuni di rumah terbabit kerana keluar bekerja. Rumah tersebut didiami pasangan suami isteri bersama dua anak.

Mangsa bekerja kampung, manakala isteri merupakan tukang jahit.

Post a Comment

0 Comments