Ticker

6/recent/ticker-posts

LIMA ANUGERAH TOKOH DKMK BAKAL DIUMUM 7 SEPTEMBER NANTI

Oleh: Asyura Muhammad 

KOTA DARULNAIM, 13 Ogos - Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan (DKMK) yang telah digubal pada tahun 2008 adalah bertujuan memperkasakan institusi keluarga secara bersepadu dengan meningkatkan potensi setiap ahlinya untuk berperanan sebaiknya. 

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan YB Rohani Ibrahim berkata, bersempena program Sambutan Hari Keluarga Mawwadah Negeri Kelantan 2024, seramai 62 calon akan dipilih untuk dianugerahkan sebagai Tokoh Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri dan Parlimen bagi tahun ini.

"Bagi lima kategori Anugerah Peringkat Negeri yang akan disampaikan ialah Anugerah Keluarga Cemerlang, Keluarga Istimewa (OKU), Keluarga Tabah Armalah dan dua anugerah yang baharu diperkenalkan ialah anugerah Keluarga Cekal (Bapa Tunggal) dan Keluarga Bangkit bagi mengiktiraf keluarga yang telah berjaya bangkit dari kesusahan," katanya pada Sidang Media di pejabatnya pada Ahad.

Oleh itu, beliau mempelawa semua lapisan masyarakat untuk hadir memeriahkan sambutan yang akan diadakan pada 7 September ini di Taman Perbandaran Tengku Anis bermula pukul 7.00 pagi hingga pukul 1.30 tengah hari. 

Tambah beliau, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada orang ramai termasuk acara sukaneka pelbagai kategori umur, mewarna kanak-kanak, berjalan santai, permainan ular tangga, soopa doopa, demonstrasi kebakaran dan forum bertajuk “Cintai Keluarga, di Situlah Syurga”.



Post a Comment

0 Comments