Ticker

6/recent/ticker-posts

Siasat pemimpin BN guna helikopter ketika kempen

GUA MUSANG: Penduduk di Dun Nenggiri dikejutkan dengan kehadiran sebuah helikopter yang membawa pemimpin Umno ketika kempen PRK Nenggiri sedang rancak diadakan.

Pada video yang diviralkan kehadiran helikopter tersebut ditunggu petugas yang memakai baju Umno dan BN bagi mengiringi gerak kerja kempen calon BN Mohd Azmawi Fitri Abdul Ghani.

Oleh itu Pengarah Operasi PN PRK DUN Nenggiri Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak berwajib wajar membuat siasatan tular isu menaiki helikopter ketika kempen di Dun Nenggiri.

Beliau yakin pemimpin BN terbabit ditaja pihak tertentu sehingga berkempen menggunakan helikopter.

“Sponsor pihak tertentu kalau mereka ada kepentingan projek kerajaan, itu sudah dianggap sebagai rasuah.

“Kalau sponsor guna helikopter ada kepentingan tertentu ia melibatkan unsur rasuah. Bagaimanapun kita tidak mahu ulas urusan mereka hendak guna kereta api atau apa sahaja,” katanya pada sidang media di Pejabat Gua Musang di sini hari ini.

Semalam tular di media sosial pemimpin BN turun daripada helikopter ketika datang berkempen di sebuah kampung dengan disambut petugas Umno.

Turut kelihatan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaacob dan pemimpin Umno lain. 

Annuar juga berkata, penggunaan helikopter paling tidak memerlukan kos sehingga RM350,000 atau lebih.

Menurutnya ada dua pilihan bagi helikopter muatan lima penumpang harga sewa RM145,000 dan yang boleh membawa lebih lima penumpang harganya sekitar RM390,000.

Sedangkan kata beliau undang-undang pilihan raya ada jumlah tertentu yang dibenarkan dibelanja setiap parti politik yang bertanding ketika berkempen. 

“Dalam PRK ada undang-undang jumlah had wang yang boleh dibelajakan, jadi kalau calon guna helikopter kos lebih daripada peruntukan yang dibenarkan dalam peraturan pilihan raya. 

“Kalau Timbalan Perdana Menteri datang beliau boleh guna helikopter milik kerajaan. Saya difahamkan helikopter tersebut membawa pemimpin Umno dari Kuala Lumpur. 

“Belanjanya ratusan ribu. Biar rakyat buat penilaian sendiri,” ujar beliau.

Post a Comment

0 Comments