Ticker

6/recent/ticker-posts

Penduduk sudah lama kenal calon PN




GUA MUSANG: Kunjungan petugas kempen Dewan Muslimat PAS mendapat sambutan hangat penduduk di kampung-kampung tradisional di DUN Nenggiri. 

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato' Siti Ashah Ghazali berkata, penduduk memberi kerjasama positif ketika kempen dari rumah ke rumah.

Katanya kempen tersebut turut disertai calon PN Mohd Rizwadi Ismail mendapat sambutan sangat baik di Kampung Bertam Baru kerana mereka sudah lama mengenalinya. 

“Penduduk memuji pendekatan PN mencalonkan anak muda tempatan. Paling mengharukan penduduk di DUN Nenggiri merakam ucapan terima kasih kerana datang ke rumah mereka.

“Situasi itu dapat dilihat ketika gerak kerja kempen muslimat di Kampung Bertam Baru dan kampung-kampung lain," katanya ketika kempen dari rumah ke rumah petang di Bertam Baru semalam.

 Oleh itu kata beliau berdasar isyarat itu kemenangan dilihat semakin menghampiri PN.

Siti Ashah yang juga anggota Exco Kerajaan Kedah berkata, pasukan kempen Dewan Muslimat PAS memulakan gerak kerja sejak pagi lagi.

Menurutnya juga peluang berkunjung ke rumah pendudu dalam berkongsi dengan mereka mengenai isu-isu tempatan dan nasional.

Post a Comment

0 Comments