Ticker

6/recent/ticker-posts

Peserta Agropolitan hilang punca pendapatan

Rumah peserta terbiar selepas berpindah ke tempat lain

GUA MUSANG: Impian seramai 585 peserta yang menyertai projek Agropolitan Kelantan Selatan bagi mengubah taraf kehidupan mereka.

Projek Agropolitan Kelantan Selatan di Rantau Manis dilaksanakan pada 2009 dengan harapan kerajaan membantu penduduk miskin tegar keluar dari garis kemiskinan.

Projek itu dilaksanakan Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melibatkan kos kira-kira RM240 juta. 

Peserta fasa pertama diberi lot rumah dan kebun koko seluas setengah ekar dan mengusahakan ladang sawit di kawasan seluas 10 ekar.

Seorang peserta Suhaidi Apandi Mohamad, 48 berkata, beliau memohon menyertai projek tersebut melalui kuota kerajaan negeri pada tahun 2012.

Suhaidi Apandi Mohamad

Katanya, ketika peringkat awal menyertai Projek Agropolitan Kelantan Selatan beliau diberi tanggungjawab membersihkan ladang sawit dan menggantikan pokok sawit yang mati.

“Ketika itu setiap peserta dibayar gaji RM30 sehari. Dan dalam tempoh sebulan mendapat lebih RM700.

“Dan setelah pokok mengeluarkan hasil peserta dibayar RM80 bagi satu tan metrik sawit yang dituai. Ada ketika dibayar sehingga RM140 satu tan. 

“Ketika itu ada peserta mendapat pendapatan sehingga RM4,000 sebulan kerana harga sawit mahal di pasaran,” katanya ketika ditemui baru-baru in.  

Purata setiap peserta memperolehi pendapatan sebanyak RM700 hasil kebun sawit dan RM200 jualan koko.

Bagaimanapun segala-galanya berubah apabila ECERDC menyerah pengurusan Agropolitan Rantau Manis kepada Kesedar pada 2022.  

Seorang lagi peserta Mohd Zin Daud, 53 berkata, beliau menyertai projek tersebut pada 5 Disember 2011 sedikit sebanyak dapat mengubah kehidupan keluarganya melalui pendapatan hasil ladang sawit dan koko. 

Mat Zain

Katanya pengurusan ladang sawit diserah kepada peserta dan mereka dibayar upah berdasar jumlah tan sawit yang dituai di kebun. 

“Selama bertahun tahun peserta mendapat pendapatan daripada ladang sawit yang diusahakan setiap peserta.

“Namun selepas ladang diserah ECERDC kepada Kesedar, ladang tersebut tidak lagi diurus peserta, sebaliknya Kesedar melantik kontraktor untuk memungut buah sawit.

“Kami tidak lagi dibenarkan bekerja di ladang yang kami usahakan sejak menjejaki kaki ke projek Agropolitan,” katanya.

Mat Zin yang berasal dari Jeram Tekoh berkata, dia sempat mengusahakan ladang seluas empat hektar itu selama empat tahun sebelum dihalang memasuki ladang oleh kontraktor.

Menurutnya juga peserta diberi bayaran equiti sebanyak RM700 dalam tempoh setahun selepas tidak dibenarkan mengusahakan ladang masing-masing bermula Disember 2023.

Ekoran itu katanya, ada peserta terpaksa mencari rezeki di tempat lain kerana hilang pendapatan di ladang sawit yang diusahakan sejak sekian lama selepas pengurusan bertukar. 

Malah katanya sekarang ladang sawit projek Agropolitan banyak yang terbiar kerana tidak lagi diurus dengan baik seperti di bawah ECERDC.

Ladang sawit tidak diurus dengan baik di bawah Kesedar

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid menyampaikan sijil ucapan tahniah kepada peserta projek Agropolitan.

Sijil tersebut yang ditandatangani Pengerusi Kesedar mencatat ‘Dengan sukacitanya Kesedar mengucap tahniah kepada peserta kerana telah dipilih sebagai penerima lot kediaman di Taman Agropolitan Kelantan Selatan’. 

Seorang lagi peserta Agropolitan Rantau Manis, Rozali Mamat, 53 sijil yang diberi Timbalan Perdana Menteri tidak memberi sebarang makna kerana ia bukan geran lot rumah.

Katanya, sijil itu sekadar ditulis ucapan tahniah seumpama pelajar tadika yang tamat belajar. 

“Kami meminta Kesedar mengembalikan semula ladang terbabit supaya peserta dapat membangun dan mencapai visi penubuhan Agropolitan Rantau Manis seperti peringkat awal,” ujarnya.

Rumah peserta Agropolitan fasa dua


Post a Comment

0 Comments