Ticker

6/recent/ticker-posts

ZULKIFLI MAMAT DILANTIK PENGARAH URUSETIA PENGHULU

Oleh: Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 26 Ogos- Pengarah Majlis Urusetia Penghulu Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat telah memulakan tugas secara rasminya pada 23 Ogos menggantikan Jamaluddin Ishak yang bersara wajib.

Memulakan agenda baharu dengan slogan ‘Jom ppakat buat kerja dengan penuh setia’ menjadi kata-kata semangat beliau kepada semua penghulu di negeri ini supaya tetap menjadi penghubung yang baik antara kerajaan dengan rakyat. 

Sebagai simbolik melapor diri yang merupakan tradisi lantikan, beliau telah menerima surat lantikan rasmi daripada Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hassan di pejabatnya di sini.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberi kepercayaan dan tidak lupakan kepada pengarah yang sebelumnya kerana telah meletakkan satu asas kerja dan pasukan yang cemerlang," katanya ketika dihubungi.

Post a Comment

0 Comments