Ticker

6/recent/ticker-posts

Kes telaga jejari dimomok sebelum ini akhirnya terjawab

KOTA BHARU: Pada 16 Mei lepas media melaporkan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) direman bagi siasatan kes pembinaan telaga jejari di Kelantan.

Mereka berusia 40 hingga 60-an kemudian dibebaskan dengan jaminan RM10,000 seorang.

Menurut SPRM pihaknya menjalankan siasatan terhadap 28 telaga jejari yang dibina menerusi Projek Pembinaan Telaga Jejari (HCW).

Ia membabitkan 10 projek pembinaan serta membaik pulih loji rawatan air (LRA) dianggarkan berjumlah lebih RM300 juta dibina AKSB, namun didakwa gagal berfungsi.


Minggu lepas SPRM difahamkan memulangkan wang jaminan sebanyak RM10,000 yang dikenakan terhadap tertuduh.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata, apa yang berlaku itu menjelaskan keadaan sebenar biar pun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap bekas pegawai kanan terbabit.

“Ini secara tidak langsung mengekalkan status Kelantan bebas rasuah melibatkan pemimpin kerajaan atau pegawai kanan.

“Sejak awal lagi bekas Menteri Besar Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan asas pentadbiran mengikut acuan Islam.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan pegawai atau pemimpin kerajaan negeri daripada terjebak dengan gejala yang tidak diingini,” katanya di sini hari ini.

Kelantan kekal sebagai negeri bebas rasuah dan penyelewengan biar pun pelbagai tuduhan cuba dipalit terhadap pemimpin kerajaan negeri. 

Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri melahirkan rasa syukur kerana kes telaga jejari yang dimomok sebelum ini akhirnya terjawab.

Post a Comment

0 Comments