Ticker

6/recent/ticker-posts

KIAS TERIMA ZAKAT RM200 RIBU SUMBANGAN TAKAFUL ETIQA FAMILY


Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 12 September - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) menerima sumbangan zakat daripada syarikat insurans Etiqa Family Takaful berjumlah RM200 ribu.

Sumbangan tersebut diterima Rektor KIAS, Prof. Madya Dr Mazlan Ibrahim daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa Family Takaful Berhad di pejabat Menteri Besar di Mabna, pada Rabu.

Majlis penyerahan tersebut disaksikan oleh YAB Menteri Besar Dato' Panglima Perang, Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud bersama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Wan Roslan Wan Hamat.


Ustaz Dato’ Nassuruddin berterma kasih dan menghargai sumbangan syarikat tersebut yang membuktikan kecaknaan terhadap institusi pendidikan negeri.

"Saya mewakili seluruh rakyat Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Etiqa Family Takaful Berhad atas keprihatinan serta sumbangan yang amat bermakna ini. 

“Diharap usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah. Semoga dengan sumbangan ini juga dapat membantu dan meringankan beban para pelajar yang memerlukan," catatnya di media sosial, pada Rabu.

Post a Comment

0 Comments