Ticker

6/recent/ticker-posts

MAHA 2024: PAVILION KELANTAN JADI TUMPUAN PENGUNJUNG

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

SELANGOR, 19 September – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2024) sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang yang memasuki hari kelapan, menyaksikan Pavilion Kelantan terus menerima sambutan luar biasa daripada pengunjung, termasuk kehadiran kerabat diraja.

Antara tarikan utama di Pavilion Kelantan ialah keberangkatan YTM Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, yang berkenan mencemar duli beramah mesra dengan usahawan serta agensi pameran dan jualan. 

Baginda turut ditemani oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, bersama wakil-wakil jabatan serta agensi berkaitan.

Melalui satu hantaran di laman sosial Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail turut berkongsi keberangkatan tiba YAM Tengku Temenggong Perlis Dato' Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, ke Pavilion Kelantan.

Kemeriahan acara di Pavilion Kelantan diserikan lagi dengan persembahan gendang dan kertok warisan Gua Musang, menampilkan penggiat seni tanah air dari Kelantan.

Sebagai rekod, MAHA 2024 yang berlangsung dari 11 hingga 22 September 2024 menyasarkan tiga juta pengunjung dan setakat ini telah mencatatkan kehadiran seramai 2.3 juta orang.





Post a Comment

0 Comments