Ticker

6/recent/ticker-posts

RTS Link Singapura-Johor Bahru tren pantas


JOHOR BAHRU: Melewati jalan dari Danga Bay ke Stulang Laut kelihatan banyak struktur tiang tinggi dibina di tengah-tengah Bandar Raya Johor Bahru.

Tiang dibina agak tinggi agak sayup mata memandangkan. Tiang dan pelantar jambatan dibina menghala ke Selat Tebrau serta menyeberangi ke Singapura.

Rupa-rupanya itu merupakan projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS Link) Johor Bahru-Singapura sedang rancak dibina.

Laluan RTS Link sepanjang empat kilometer menghubungkan di stesen Woodlands North Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru. Manakala jejambat darat dan laut sepanjang 2.7 km.

Pembinaan RTS Link fasa satu bermula Januari 2021 melibatkan pembangunan dan struktur.

Mengikut jadual pada 2055 hingga 2026 pembinaan sistem telekomunikasi, pentauliahan dan pengujian sistem sebelum beroperasi sepenuhnya. RTS Link di Johor Bahru dijangka siap pada akhir 2026.

RTS Link dijangka beroperasi pada Januari 2027. Berdasar laporan media pembinaannya berjalan mengikut jadual dan sehingga 31 Mei lepas hampir 80 peratus siap. 

RTS Link dianggar bernilai RM10 bilion, di mana Malaysia menanggung 39 peratus kos manakala selebihnya Singapura.

Di sebelah Johor projek itu dibina MRT Corp melalui anak syarikat, Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS).


RTS Link merupakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) akan menyediakan sistem pengangkutan pantas dan efisyen menghubungi dua negara akan mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan imigrasi.

RTS dijangka dapat mengurangkan kesesakan di Tambak Johor. Depoh penyelenggaraan kereta api itu pula terletak di Wadi Hana di Johor Bahru.

Struktur pembinaan di bahagian laut berukuran 75 meter lebar dan 25 meter tinggi bagi membolehkan Selat Terberau dilalui bot.

Tren LTS dijangka mampu menampung kapasiti 10,000 penumpang dalam tempoh sejam di setiap arah.

Post a Comment

0 Comments