Oleh: Zaki Mustafa
PENGKALAN CHEPA, 28 September – Persimpangan Sabak atau lebih popular dengan nama Cabang Empat Sabak oleh penduduk tempatan seringkali berlaku kemalangan termasuklah kemalangan parah.
Lantaran itu, Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Dr. Izani Husin bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, YB Nik Bahrum Nik Abdullah dan Timbalan Pengarah JKR Kelantan, Ir. Nik Soh turun meninjau dan mencari penyelesaian segera demi keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk sekitar baru-baru ini.
Menurut ADN Chempaka, beberapa cadangan untuk tindakan segera dan jangka masa panjang telah dibincangkan.“Yang terbaiknya buat
lampu isyarat tapi tidak mencukupi syarat dari segi ‘specification area’, yang
itu untuk jangka jangka masa panjang kerana ia akan melibatkan pengambilan
tanah dan memerlukan kepada dana yang agak besar.
Sesi tinjauan dan perbincangan tersebut turut disertai Jurutera Jalan JKR Kota Bharu, Ir. Ts. Noor Maziana Mazlam, Penghulu Mukim Tebing Tinggi, Ismail Yaakob dan wakil dari Bahagian Kawalan Trafik PDRM.
Kejadian yang berlarutan sekian lama itu sentiasa menghantui kehidupan penduduk setempat, namun apa yang lebih penting dan utama ialah pandu dengan cermat dan patuhi peraturan jalan raya.
“Yang paling pentingnya
adalah kepada pemandu-pemandu supaya dapat berhati-hati,” nasihat YB Nik
Bahrum.
0 Comments