Ticker

6/recent/ticker-posts

KELANTAN SUMBANG RM100,000 KEPADA MANGSA BANJIR KEDAH

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

KOTA DARULNAIM, 2 Oktober - Kerajaan Negeri Kelantan memberi sumbangan bernilai RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri jelapang padi itu.

Menurut Timbalan Menteri Besar, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan, keputusan tersebut disepakati pihaknya bersama barisan kepimpinan negeri Kelantan kerana bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir di Kedah.

"Kalau diikutkan sekarang ini kita difahamkan telah masuk masuk gelombang yang kedua berlakunya banjir di sana.

"Kami (Kerajaan Kelantan) telah bersetuju untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir melalui Kerajaan Negeri Kedah.

"Untuk kali ini, kami bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak RM100,000 kepada mangsa-mangsa banjir di sana," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di Mabna, hari ini.

Turut hadir, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim.

Sebelum ini, media melaporkan Negeri Kedah mengalami banjir apabila sembilan buah sungai melepasi parasa bahaya serta jumlah mangsa banjir di negeri itu ketika ini semakin meningkat kepada 856 orang mangsa daripada 285 buah keluarga yang dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Post a Comment

0 Comments