Ticker

6/recent/ticker-posts

Persembahan sarkas lelaki sahaja dibenar di Kelantan


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: 'Great British Circus' dibenar membuat persembahan di AEON Mall dengan syarat hanya menampilkan ahli-ahli sarkas lelaki sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) memberi kebenaran dengan mematuhi syarat tersebut.  


Sedangkan katanya pertunjukan sarkas di tempat lain menampilkan ahli sarkas wanita yang memakai kain celana dan membuka aurat. 

“Pematuhan kumpulan sarkas luar negara itu membuktikan syarat-syarat hiburan yang dilaksanakan di Kelantan difahami semua pengurus acara.

"Kerajaan negeri tidak pernah menolak program hiburan asalkan ia tidak berlawanan dengan hukum syarak serta mengambil kira sensitiviti masyarakat dan agama.

"Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah semula jadi manusia yang memerlukan hiburan dalam kehidupan seharian," katanya di sini.

'Great British Circus' akan menganjur pertunjukan sarkas yang akan diadakan bermula 16 Oktober hingga 17 November ini di AEON Mall.

Post a Comment

0 Comments