Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelantan simbol perpaduan antara kaum


KUALA TERENGGANU: Pewartaan Wat Pathumviharn di Kampung Balai bersama tiga lagi wat sebagai tapak kebudayaan dan kemasyarakatan bagi komuniti Siam menggambarkan Kelantan tidak meminggirkan mana-mana kaum. 

Ketua Penerangan, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, kerjasama erat kerajaan negeri dan komuniti Siam mencerminkan prinsip kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya langkah tersebut menggambarkan kepentingan memupuk kefahaman serta penghargaan terhadap kepelbagaian budaya di negara ini. 

“Usaha itu secara langsung mengeratkan hubungan antara etnik dan budaya serta menangkis fitnah terhadap PAS kononnya sebuah parti yang ekstrem,” katanya pada kenyataan di sini. 

Semalam Pengerusi Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA), Lim Guan Seng pada kenyataan menjelaskan Wat Pathumviharn di Kampung Balai diwartakan sebagai tapak kegiatan kebudayaan dan kemasyarakatan komuniti Siam.

Dengan pewartaan itu menjadikan jumlah keseluruhan 16 tapak wat Siam di Kelantan diwartakan di bawah tanggungjawab Majlis Sangha sejak mula diperkenalkan pada tahun 2017.

Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN), Razuan Awang Hamad menyifatkan pewartaan wat Siam itu hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan masyarakat Siam. 

Dr Balachandran juga berkata, langkah kerajaan Kelantan tersebut membuktikan komitmen kerajaan negeri memastikan hak semua masyarakat termasuk komuniti Siam terus terpelihara. 

Dr Balachandran

“Kami percaya langkah terbabit bukan sahaja memudahkan urusan keagamaan, tetapi juga menjadi simbol perpaduan antara kaum di Kelantan,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments