Ticker

6/recent/ticker-posts

Tidak pernah berlaku PM lepas cukai puluhan juta



MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Tindakan Perdana Menteri (PM) melepaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) daripada membayar cukai dan denda sebanyak RM83 juta dianggap tidak pernah berlaku.

Ahli Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia Saizol Ismail berkata, UTAR merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang menjalankan perniagaan di sektor pendidikan.

Katanya, tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pembayar lain kerana cukai wajib dibayar.

Kata beliau ia berbeza dengan bayaran penalti yang masih boleh dirunding.

"UTAR tertakluk cukai kerana ia entiti perniagaan, kalau Perdana Menteri sendiri bertindak begitu amat tidak adil kepada institusi perniagaan lain.

"Ia tidak pernah berlaku dalam sejarah, kalau penalti ada pengurangan dan pengecualian tetapi asas cukai mesti kena bayar," katanya di sini.

Semalam media melaporkan Perdana Menteri memutuskan untuk melepaskan UTAR daripada pertikaian cukai dan denda sebanyak RM83 juta.

Saizol yang juga Adun Salor berkata, sekiranya pengecualian itu dibuat atas nama yayasan, ia tertakluk di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967, menetapkan syarat tertentu.

"Jadi atas dasar apa diberi pengecualian cukai yang dikenakan kecuali atas yayasan, itu pun tertakluk keperluan-keperluan audit report kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments