Ticker

6/recent/ticker-posts

INDUSTRI AYAM PEDAGING MENINGKAT 19.75 PERATUS PASCA COVID-19

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 26 November – Industri ayam pedaging di Kelantan menunjukkan pemulihan positif selepas mengalami kemerosotan tahap sara diri (Self-Sufficiency Ratio, SSL) akibat pandemik Covid-19.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata tahap SSL kembali menunjukkan peningkatan pada tahun-tahun berikutnya dengan kenaikan 17.67 peratus  pada tahun 2022 dan melonjak kepada 19.75 peratus pada tahun 2023.

Beliau mengakui SSL daging ayam pada tahun 2019 berada pada tahap 20.22 peratus. Namun, merosot kepada 11.24 peratus pada tahun 2020. 

Kemudian merudum 10.28 peratus pada tahun 2021 akibat gangguan rantaian bekalan dan operasi ladang semasa pandemik Covid-19.

“Kelantan kini memiliki 294 ladang ayam terbuka, 24 ladang ayam pedaging tertutup, dan sebuah ladang ayam baka tertutup yang mematuhi Enakmen Perladangan Unggas 2005. Dengan jumlah ternakan ayam pedaging setahun melebihi 5 juta ekor, negeri ini menghasilkan sekitar 37,000 tan daging ayam untuk keperluan tempatan,” jelasnya dalam sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Limbongan YB Nor Asilah Mohamed Zin yang mengajukan pertanyaan mengenai tahap SSL bagi perbekalan ayam pedaging dari tahun 2019 hingga 2024.

Post a Comment

0 Comments