Ticker

6/recent/ticker-posts

TIADA PERUNTUKAN NAIK TARAF PADANG BOLA DAN TAMAN REKREASI DI ATAS TANAH PERSENDIRIAN - EXCO SUKAN

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 26 November- Kerajaan Negeri Kelantan tiada peruntukan khusus untuk menaik taraf padang bola dan taman rekreasi yang terletak di atas tanah persendirian, kata Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhammad.

Beliau  memaklumkan pihak kerajaan negeri hanya menyalurkan peruntukan kepada pusat sukan di atas tanah kerajaan sama ada tanah milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Pejabat Tanah Jajahan (PTJ) sahaja.

'Begitu juga, tidak ada peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk tujuan tersebut," katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Bunga YB Mohd Almidi Jaafar, dalam Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua, Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15, tahun 2024, hari keempat, hari ini.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri Kelantan komited untuk memastikan kemudahan setiap satu Dewan Undangan Negeri (DUN) ada satu padang bola yang memenuhi piawaian.

"Pihak DUN perlu berbincang dan mengadakan rundingan dengan PTJ dan PBT untuk mengenalpasti tanah yang ada dalam DUN tersebut untuk dijadikan padang bola utama di DUN masing-masing," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments