Ticker

6/recent/ticker-posts

Kemelut KADA, krisis NAFAS dibiar berpanjangan


KOTA BHARU: Kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat dinafikan lagi apabila kemelut pengurusan KADA dan krisis Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dibiar berpanjangan. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed berkata, ketika penggantungan pengurusan KADA sebelum ini menyebabkan pesawah menjadi mangsa.

Katanya, pesawah bergelut dengan kemarau pada Mac lepas sehingga merosakkan tanaman padi ekoran kegagalan operasi stesen pam KADA di Kemubu. 

“Ada pihak mencanang kononnya masalah itu berlaku kerana kelemahan kerajaan negeri sedangkan hakikatnya pengurusan KADA berdepan krisis dalaman.

“Begitu pula dengan NAFAS sehingga terpaksa digantung perlembagaannya, nampaknya ada usaha meletak kesalahan kepada pengurusan KADA terdahulu dan pihak ketiga,” katanya di sini.

Sebahagian besar pesawah di Kelantan berdepan dengan kesukaran mengusahakan tanaman padi kerana masalah pengairan ekoran kemarau panjang Mac lepas.

Bendang di kawasan jelapang di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok mendapat sumber air dari Stesen Pam KADA di Kemubu. 

Mohamad Kamal juga berkata, krisis dalaman yang melanda KADA dan Nafas jika tidak ditangani dengan baik akan menjejaskan nasib peladang dan pesawah.

“Krisis dalaman itu perlu diurus secara amanah dan bertanggungjawab kerana kesannya akan dirasai rakyat. Pemimpin PH tidak seharusnya bermain wayang.



“Bangkai sebesar gajah mungkin boleh ditutup dengan segala kuasa dan upahan yang ada, namun busuknya pasti terhidu jua,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments