KOTA BHARU: Enam sungai di Kelantan mencatat paras bahaya ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin, di mana kesemua menunjukkan trend menaik pagi ini.
Berdasar laman Public InfoBanjir pada jam 10 pagi tadi Sungai Melor aras air sehingga 9.87 meter, Sungai Lanas di Air Lanas Jeli (29.74 meter), Sungai Galas di Dabong (38.75 meter), Sungai Golok di Rantau Panjang (10.57 m).
Selain itu Sungai Semerak Pasir Puteh (3.37 m), Sungai Kelantan di Kampung Temangan (21.13 m)dan Sungai Kelantan di Kuala Krai (23.31m).
Manakala enam sungai lagi dicatat paras waspada iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.33 m), Sungai Galas di Li)mau Kasturi (57.33 m), Sungai Buaya Ikat di Kampung Pauh Lima Pasir Puteh (2.31 m).
Sungai Kelantan di Kusial (13.37 m), Sungai Galas di Chegar Lapan Kuala Krai (33.81 m) dan Sungai Kelantan di Kusial Baru Tanah Merah (13.57 m). Kesemua sungai terbabit juga menunjukkan trend menaik.
Sementara itu banyak jalan di kawasan Kota Bharu dilimpahi air hujan sehingga ke atas jalan raya termasuk di Bandar Baru Tunjong, Pasir Hor, Nilam Puri dan Kampung Belukar di Pasir Mas.
Di Besut, Terengganu juga air banjir melimpah sehingga ke kawasan Bandar Jertih.
Cuaca di Kota Bharu pagi ini mendung dengan sekali sekala hujan agak lebat.
0 Comments