Ticker

6/recent/ticker-posts

KELANTAN MOHON PERUNTUKAN YANG SUDAH DILULUSKAN KERAJAAN PUSAT DISEGERAKAN - TMB

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 24 Disember - Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan menyeru Kerajaan Pusat agar mempercepatkan pelaksanaan peruntukan yang telah diluluskan, khususnya projek berkaitan kebajikan rakyat seperti pembinaan benteng banjir dan usaha menangani bencana.

Seruan itu dibuat susulan kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang menegaskan bahawa kerajaan persekutuan bersikap adil terhadap semua negeri, termasuk negeri pembangkang, dalam menyalurkan peruntukan pembangunan dan bantuan bencana.

"Kita (Kelantan) pun bukan mahu peruntukan sama dengan negeri lain, jika orang lain lebih memerlukan berilah kepada mereka. Namun, apa yang kita perlukan, sepatutnya beri sebagaimana kita menghormati semangat federalisme," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan persekutuan telah menambah peruntukan kepada negeri-negeri yang terkesan akibat bencana.

Untuk Kelantan, peruntukan bagi tahun 2025 meningkat kepada RM429.05 juta berbanding RM380.26 juta pada tahun 2024.

Tindakan tersebut menurut Perdana Menteri, bertujuan memastikan masalah rakyat yang terkesan dapat ditangani dengan lebih baik dan pantas.

Sehubungan itu, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli berharap agar pelaksanaan peruntukan itu segera direalisasi demi memastikan projek pembangunan dan pengurusan bencana di Kelantan dapat memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Post a Comment

0 Comments