Ticker

6/recent/ticker-posts

ADUN Salor belanja RM35,000 bantu pesakit kronik

 


KOTA BHARU: Lebih RM35,000 dibelanjakan Pusat Khidmat DUN Salor sepanjang tahun lepas bagi membantu meringankan beban pesakit kronik dalam di DUN berkenaan.

ADUN Salor, Mohd Saizol Ismail berkata, peruntukan berkenaan  dimanfaatkan kepada 50 penerima pesakit kronik di DUN berkenaan.

Menurutnya, jumlah berkenaan bukan peruntukan tetap disalurkan kerajaan negeri, sebaliknya mengikut jumlah pesakit yang dimohon setiap DUN.

"Program ziarah Skuad Kita Cakno (SKC) menjadi amalan tahunan kita  yang melibatkan tiga fasa setiap tahun," katanya ketika ditemui selepas menziarahi lima pesakit kronik dan terlantar di Mukim Kota Selatan baru-baru ini.

Sebanyak lima pesakit kronik dilawati antaranya angin ahmar, saraf, sakit kencing manis kronik. Hadir sama pada sesi lawatan itu, isterinya Siti Nurhajartum Akmal Mohammad, penghulu mukim dan penghulu wanita.

Saizol memberitahu, setiap pesakit menerima bantuan berbentuk one-off berjumlah antara RM500 hingga RM700 bergantung kepada kategori penyakit yang dihadapi. 

Kata beliau, bantuan itu merangkumi pesakit yang menghidap masalah  jantung, kencing manis, angin ahmar, saraf, kanser dan lain-lain.

Selain pesakit kronik program itu turut melibatkan ziarah  Cakna Aulad (bayi baru lahir).

“Penghulu mukim memainkan peranan penting meninjau pesakit kronik, khususnya yang terlantar, untuk memastikan mereka menerima bantuan yang diperlukan,” jelas Saizol.

Beliau juga berkata, pemohon perlu mengisi borang yang boleh didapati di pejabat DUN bersama dokumen sokongan seperti surat pegawai kesihatan atau kad rawatan terkini.

Post a Comment

0 Comments